Keusahawanan buka banyak peluang anak muda

Keusahawanan buka banyak peluang anak muda

PHILIP Benedict Lasimbang di Majlis Perasmian UM Deep Tech 3.0 Start-Up Accelerator Program.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keusahawanan merupakan salah satu bidang alternatif untuk membuka peluang anak muda bagi mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan dan meningkatkan taraf hidup ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, kerjasama pihaknya dengan Universiti Malaya (UM) untuk menganjurkan UM Deep Tech (UMDT) 3.0 Start-Up Accelerator iaitu program keusahawanan berasaskan teknologi melalui penyelidikan dan produk bersesuaian dipasarkan bertujuan membangunkan golongan usahawan terutamanya dalam kalangan belia.

“Peserta bukan sahaja mendapat latihan kemahiran, malah dapat juga memasarkan produk kepada potensi pelabur. Ia secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara dan menarik minat pelabur dari luar negara.

“Program yang berkonsepkan mentor ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta untuk mendapatkan tunjuk ajar serta bertanyakan sebarang kemusykilan atau melontarkan sebarang idea kepada perunding yang telah dipilih dikalangan mereka yang berpengalaman,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, YBR dengan kerjasama UM menganjurkan program UM Deep Tech (UMDT) 3.0 Start-Up Accelerator di kampus universiti itu di sini hari ini.

Program dengan kerjasama UMCIE ini melibatkan 16 kumpulan serta penglibatan pakar perunding yang berpengalaman yang akan dijalankan selama enam bulan.

Tambah beliau lagi, program itu merupakan platfom bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi serta sebagai persediaan kepada peserta untuk menghadapi dunia perniagaan.

“Khidmat kepakaran para perunding ini bukan sahaja menjurus kepada peningkatan kemahiran serta memberi khidmat nasihat malah peserta turut berpeluang menjana pendapatan melalui produk baharu dan akses pengetahuan pasaran bagi produk mereka sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya