Kesal tidak lagi dapat bertanding - Chong Eng - Utusan Malaysia

Kesal tidak lagi dapat bertanding – Chong Eng

CHONG ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng daripada DAP melahirkan rasa kesal kerana tidak dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini.

Malah, Chong Eng yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri menyifatkan pengguguran beliau sebagai satu titik perubahan dalam karier politiknya sejak 1995 iaitu ketika beliau sebagai satu-satunya pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, beliau juga masih sihat dengan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sekali gus mempunyai banyak masa dan tenaga untuk terus berkhidmat serta berbakti kepada rakyat.

Selain itu, katanya, beliau juga mempunya pelan lima tahun untuk membantu golongan wanita memecah kelompok di peringkat pembuat dasar dan memperkasa golongan itu di luar bandar supaya Pulau Pinang dapat menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

“Apapun, saya tetap menyeru pengundi untuk memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kejayaan yang dikecapi DAP hari ini adalah hasil daripada kerjasama berpasukan serta kerja kuat banyak pihak sejak bertahun-tahun lamanya.

“Kita perlu untuk terus berkembang sebagai manfaat kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, lelaki dan wanita serta tua dan muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya