Kementerian Pendidikan terima senarai sekolah tempat buang undi

Kementerian Pendidikan terima senarai sekolah tempat buang undi

SHAFRUDDIN Ali Hussin (lapan, kiri) bersama sebahagian bekas pelajar dan guru SMKA Durian Guling sempena sambutan Hari Jubli Perak sekolah itu di Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kementerian Pendidikan sudah menerima senarai sekolah yang akan digunakan sebagai tempat membuang undi pada tarikh yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi. 

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada SPR bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya negeri  (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Menurutnya, semua persiapan telah dilakukan untuk keselesaan pengundi dan petugas PRN sepanjang proses pembuangan undi di sekolah-sekolah terlibat.

“KPM sentiasa bersedia dengan kemudahan, aset serta prasarana sekolah yang ada untuk digunakan pada hari pengundian nanti,” katanya selepas merasmikan sambutan Jubli Perak dan galeri khas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling di sini, semalam.

Bagaimanapun Shafruddin menyatakan jumlah keseluruhan sekolah yang dijadikan tempat mengundi di enam negeri tersebut.

Selain itu, beliau menambah, Kementerian Pendidikan juga telah menerima senarai nama guru yang akan terlibat dalam PRN berkenaan.

“Guru-guru terlibat akan akan mengikuti taklimat penugasan PRU yang dijalankan pihak SPR terlebih dahulu,” ujarnya.

Enam negeri yang dijangka mengadakan PRN secara serentak itu membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Kelantan menjadi negeri pertama membubarkan DUN pada 22 Jun, diikuti Selangor (23 Jun), Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah (28 Jun) manakala Negeri Sembilan (1 Julai). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN