KDN, AADK diberi tiga bulan rangka program bendung gejala penagihan dadah

KDN, AADK diberi tiga bulan rangka program bendung gejala penagihan dadah

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi masa tiga bulan bagi merangka, menyusun inisiatif dan program efektif bagi membendung gejala penagihan dadah yang semakin membimbangkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN dan AADK diarahkan supaya berganding bahu dan menyelaras program bermanfaat agar gejala dadah ini dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang apabila melihat statistik anggaran jumlah penagih dadah meningkat kini mencecah 1,097,408 orang meliputi 1,051,712 lelaki dan 45,696 adalah wanita.

“Lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 adalah berumur 15-29 tahun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 bersama KDN AADK di sini, hari ini.

Katanya, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 mendapati daripada setiap 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala empat orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat hari ini juga akan melihat ‘game-changer’ untuk isu ini dan diseleraskan dengan semua kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju bagi memastikan pemerkasaan undang-undang diperkukuhkan bagi mencegah penyalahgunaan dadah ini di semua peringkat.

“Keberkesanan tentang penguatkuasaan undang-undang di dalam negara juga akan diperhalusi bagi menangani penyalahgunaan dadah secara tuntas.

“Akhirnya, keberkesanaan atau kejayaan dikaji bukan terhadap jumlah yang dipulihkan, tetapi kepada jumlah tangkapan atau pengurangan
jumlah penagih di dalam negara secara keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya