Jangan kaitkan pembalakan haram punca tragedi kepala air - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Jangan kaitkan pembalakan haram punca tragedi kepala air – Ahmad Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) menjawab soalan wartawan selepas merasmikan Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta orang ramai tidak mengaitkan pekerjaaan salah seorang mangsa dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Ahad lalu dengan aktiviti pembalakan haram.

Beliau berkata, mangsa terlibat yang ditemukan lemas, Karim Abdullah, 39, pernah bekerja di kawasan tersebut  sebagai pemandu jengkaut.

“Jangan kaitkan pekerjaan mangsa (Karim) dengan aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut.

“Saya rasa tiada kaitan (aktiviti pembalakan) kerana saya difahamkan  ketua keluarga tersebut memang pernah bekerja di kawasan pembalakan.

“Bila kata pembalakan, jangan kata semua haram. Ada yang mendapat lesen yang sah dan sebagainya. Jadi, oleh sebab dia pernah berada di kawasan itu untuk masuk ke dalam kawasan pembalakan dia agak ‘familiar’ (mahir selok belok)  kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya percaya ketua keluarga tersebut, Karim Abdullah, 39 yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya