IOI Palm Villa cipta par 6 pertama di Malaysia

IOI Palm Villa cipta par 6 pertama di Malaysia

IOI Palm Villa GCR menampilkan kelainan apabila menjadi kelab golf pertama di negara ini yang mempunyai par 6.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: IOI Palm Villa Golf & Country Resort (IOI Palm Villa GCR) menampilkan kelainan tersendiri berbanding dengan kelab-kelab golf lain dalam negara ini apabila mencipta satu par enam (par 6) dengan jarak sejauh 634 meter.

Par 6 yang terletak di lubang 13 ini adalah yang pertama di Malaysia hasil gabungan lubang par 4 dan par 3 sebelum ini.

 

Menurut Pengurus Kelab, Mohamad Fadil Ami, par 6 itu sengaja dicipta bagi menjenamakan IOI Palm Villa GCR ini sebagai satu-satunya kelab golf yang ada par 6, selain untuk memberi cabaran sebenar kepada setiap pemain yang beraksi di sini.

PARA pemain merakam kenangan sebelum melakukan tee off di lubang par 6.

Katanya, sebaik sahaja par 6 ini siap dan dibuka, ramai pemain golf datang ke IOI Palm Villa GCR untuk merasai cabarannya selain merekodkan keputusan pukulan yang mampu mereka lakukan sama ada eagle atau birdie.

“Lubang 13 par 6 ini karektornya lurus dan panjang, nampak mudah sebab fairway agak luas. Tetapi perlu ingat, walaupun nampak mudah namun bukan senang untuk mencipta eagle atau birdie, malah untuk meraih par belum tentu lagi.

“Cabaran utama yang terdapat pada lubang par 6 ini ialah selain jarak yang panjang, ada bunker berhampiran green yang sedia memerangkap pukulan pemain yang tersasar dan juga permukaan green yang sedikit beralun dengan kelajuan 10 atau 10.5 stimpmeter,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Green tiga tingkat

Selain par 6, terdapat beberapa lubang lain yang diubah suai oleh pihak pengurusan IOI Palm Villa GCR sebagai tarikan baharu antaranya di lubang 15 iaitu par 5 dengan jarak 524 meter.

Kelainan yang dilakukan pada par 5 lubang 15 ini ialah greennya diletakkan di atas bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki sebelah kanan fairway dan bentuk permukaan green pula beralun dengan tiga tingkat.

PERMUKAAN green yang laju memberi kepuasan kepada setiap pemain yang beraksi di IOI Palm Villa.

Sudah pastinya setiap pemain yang melakukan tee off di IOI Palm Villa GCR ini akan pulang dengan kepuasan, tambahan pula rumput yang digunakan di fairway, rough dan tee box adalah Zoyzia Matrella menjadikan bola anda bertenggek di permukaan fairway.

Di green pula, rumput jenis Bermuda Tifdwaf digunakan bagi memberi lebih kepuasan kepada pemain golf kerana rumput Bermuda Tifdwaf ini mampu memberi kelajuan sehingga mencapai 12 stimpmeter.

Pemandangan Gunung Pulai

Di IOI Palm Villa GCR, walaupun dikelilingi pokok kelapa sawit, anda akan sedikit terpesona apabila tiba di lubang satu par 5 IOI Course kerana dari tee box anda disajikan dengan pemandangan menarik Gunung Pulai.

DARI tee box lubang 1 IOI Course, pemain dapat melihat Gunung Pulai.

Dari segi jarak pula, IOI Palm Villa GCR boleh dikatakan agak panjang kerana di IOI Course merekodkan sejauh 3,137 meter, manakala Palm Course 3,289 meter. Namun setiap pemain mempunyai pilihan sama ada mahu melakukan tee off di tee box biru, putih atau merah mengikut kemampuan masing-masing.

Jadi pilihan pemain luar negara

Selepas Covid-19 memasuki era endemik, IOI Palm Villa GCR mula menerima sambutan baik daripada pemain-pemain golf tempatan dan juga luar negara termasuk Jepun, Korea, Singapura dan lain-lain negara.

Dianggarkan kira-kira 3,600 sehingga 4,000 pemain golf bermain di IOI Palm Villa GCR. Ini kerana bukan sahaja penjagaan fairway, greennya yang bagus tetapi juga faktor harga yang murah dan jarak perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Bagi kaki-kaki golf yang belum pernah beraksi di IOI Palm Villa GCR, anda boleh datang ke sini dan merasai sendiri cabaran dan kepuasannya terutamanya di lubang 13 par 6 dan green bertingkat di lubang 15 par 5. Apa yang boleh dikatakan, selepas tee off lubang terakhir, anda pasti akan berkata: “Harus datang lagi bermain di sini.”

INFO

IOI Palm Villa GCR mempunyai 18 lubang.

1st Nine – IOI course dengan jarak 3,137 meter.

2nd Nine – Palm Course dengan jarak 3,289 meter.

Tarikan baru

Lubang 13 – Par 6 pertama di Malaysia dengan jarak 634 meter.

Lubang 15 – Par 5 dengan jarak 524 meter dan green tiga tingkat.

Jenis rumput

Fairway, rough dan tee box – Zoysia matrella

Green – Bermuda Tifdwaf

Peratusan pemain golf tempatan dan luar negara

Anggaran sebulan 3,600-4,000 golfer sebulan

50 peratus tempatan

40 peratus Singapura

10 peratus bangsa asing seperti Jepon, Korea dan lain-lain.

Harga

Harga termasuk green fee, buggy fee, insurans dan tax:

Isnin-Jumaat

RM130.00 (seorang)

RM90.00 (Perempuan dan senior)

RM75.00 seorang (Junior)

RM58.30 seorang (Ahli – Buggy fee dan insurans dan tax)

Harga Promosi

RM440.00 satu flight (empat orang)

Harga Sabtu, Ahad dan Public Holiday :

RM250.00 seorang (pagi)

RM140.00 seorang (petang)

Harga Promosi

RM880.00 satu flight (pagi)

RM500.00 satu flight (petang)

Harga Kedi

RM106.00 seorang kedi (termasuk tempahan)

Lain-lain kemudahan

Bilik persalinan, surau, driving range, restoran, pro-shop, kolam renang baru bersaiz Olimpik 50 meter, gelanggang badminton, gelanggang squash, gelanggang tenis, gimnasium dan sauna.

Lain-lain maklumat boleh juga didapati di laman website kami. Dibawah ada berkenaan package yang ditawarkan selain golf.

https://zendto.ioigroup.com/pickup?claimID=dEUuqQf73yaCMcFf&claimPasscode=6CZ3q3fBE3ABQaFd

Claim ID: dEUuqQf73yaCMcFf

Claim Passcode: 6CZ3q3fBE3ABQaFd

Property Village Berhad

IOI Palm Villa Golf & Country Resort

PTD44500 Jalan Indah Utama, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Tel: 07-5999 099  Fax: 07-5988 101  Telefon Bimbit: 019-771 5389

E-mel: [email protected]   Website: www.palmvilla.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya