Impian ke jenjang pelamin tidak kesampaian

Impian ke jenjang pelamin tidak kesampaian

Anggota mencari dan menyelamat meneruskan pencarian empat lagi mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Hasrat Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, dan tunangnya, Muhammad Fikri Saliman, 24, ke jenjang pelamin tidak kesampaian apabila mereka merupakan antara 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kepala air yang berlaku pada pukul 5 petang itu, Putri Balqis Izzati dan Muhammad Fikri dikhuatiri lemas apabila mereka belum ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat setakat petang semalam.

Menurut waris Putri Balqis Izzati yang enggan dikenali, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara kecil-kecilan tahun lalu dan merancang ke jenjang pelamin tidak lama lagi.

“Kami masih bersedih dengan tragedi ini dan minta diberi ruang untuk bertenang,” katanya di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Sehingga pukul 6 petang semalam, sebanyak enam mayat mangsa telah ditemukan sejak semalam.

Enam mayat tersebut yang telah dikenal pasti ialah pasangan suami isteri, Karim Abdullah,39, dan Azizah Eiyi,40, serta empat ahli keluarga pasangan tersebut, Muhammad Zulkarnain Haikal,11, Muhammad Haziq Ziqree, 6, Putri Nurerina Natasya, 10, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Sementara itu, empat mangsa belum ditemukan dan masih dalam pencarian.

Empat mangsa tersebut ialah Putri Balqis Izzati dan Muhammad Fikri serta Putri Alleya Maisarah, 16, dan Putri Nor Fatin, 14.

Mangsa yang telah ditemukan

  1. Karim Abdullah, 39,
  2. Azizah Eiyi, 40,
  3. Muhammad Zulkarnain Haikal, 11,
  4. Muhammad Haziq Ziqree, 6,
  5. Putri Nurerina Natasya, 10,
  6. Putri Aryana Umaira, 4.

Mangsa yang belum ditemukan

  1. Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18,
  2. Muhammad Fikri Saliman, 24,
  3. Putri Alleya Maisarah, 16,4.
  4.  Putri Nor Fatin, 14.

Sementara itu sepupu Azizah, Muhammad Syamsul Musa, 37, pula berkata, Karim baru kira-kira sebulan bekerja mengendalikan jentera berat di sebuah syarikat pembalakan di daerah ini.

“Dia gemar memancing di Jeram Mawar yang terletak tidak jauh dari kawasan pembalakannya bekerja dan sering menceritakan kecantikan kawasan tersebut.

“Pada cuti Hari Raya Haji Khamis lalu dia bersungguh-sungguh mengajak ahli keluarganya untuk berkhemah di kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Muhammad Syamsul berkata, Karim dan isteri, Azizah dan enam anak mereka berusia empat hingga 16 ahun memasuki Jeram Mawar dengan kereta Proton Gen 2 pada pukul 2 petang, Sabtu lalu.

Tambahnya, anak sulung mereka, Putri Balqis Izzati, 18, pula menaiki motosikal bersama tunangnya, iaitu Muhammad Fikri yang berasal dari Batu Pahat, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×