Ibu Ubai meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Ubai meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Ubai yang bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Shila Amzah terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi selepas ibunya meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pukul 6.45 petang, semalam.

Berita duka itu dikongsikan Ubai menerusi Instagram yang menyifatkan pemergian arwah ibunya sebagai dugaan yang berat untuk dipikul.

“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ini untuk Ubai, tapi Ubai redha. Berehatlah mak.

“Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak, Ubai tak pernah lupa.

“Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Ubai sayang Mak sangat-sangat,” luahnya di media sosial.

Pada masa sama, Shila mendedahkan majlis pernikahannya bakal berlangsung dalam tempoh seminggu sahaja lagi, namun hasrat ibu mentuanya untuk menyaksikan hari bahagia mereka tidak kesampaian.

Terdahulu, Shila berkata, tarikh sebenar pernikahan bersama Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli hanya akan diumumkan selepas bakal ibu mentuanya yang menghidap kanser ovari keluar hospital.

Bakal mentua Shila, Rohani Jamal, 52, disahkan kanser ovari tahap tiga sejak enam bulan lalu yang turut mengakibatkannya tidak dapat berjalan.

Ubai pula bagai ditimpa dugaan bertubi-tubi selepas adik lelaki yang menjaga ibu mereka pula meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 3 Mei lalu.

Mei lalu, Ubai dah Shila mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial.

Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN