Himpunan LGBT: Lapan pengikut ajaran Ahmadi ditahan

Himpunan LGBT: Lapan lelaki pengikut ajaran Ahmadi ditahan

MOHD. Shuhaily Mohd. Zin dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan individu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam himpunan terbuka berunsurkan elemen lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, semua lelaki berusia antara 18 tahun hingga 56 tahun itu ditahan ekoran terbabit dalam himpunan itu dengan memegang kain rentang selain melaungkan ‘hanya tuhan boleh menghakimi dan menjadi gay bukan jenayah.’

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dengan ajaran Ahmadi The Religion of Peace and Light sejak dua tahun lalu. 

“Kesemua mereka direman sehari. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Shuhaily, siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek pernah ditahan di Putrajaya kira-kira dua minggu lalu. 

“Suspek ditahan di masjid selepas didapati menyebarkan risalah berkaitan ajaran tersebut,” katanya.

Perhimpunan itu mendapat perhatian ramai selepas satu video berdurasi 48 saat dimuat naik pengguna TikTok semalam, memaparkan beberapa lelaki memegang plakad menyokong LGBT.

Antara mesej terpampang di plakad berkenaan adalah ‘Gay people are not criminals and being gay is not a crime‘ bermaksud golongan gay bukan penjenayah dan menjadi gay bukan satu jenayah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya