Helikopter kemalangan dekat Subang - CAAM

Tujuh selamat helikopter bomba kemalangan dekat Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 nombor pendaftaran 9M-BOF dilaporkan kemalangan di kawasan apron Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIAT) dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, hari ini.

Mengesahkan insiden itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada pukul 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Norazman, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN