Hari Perniagaan Sosial diadakan di Langkawi hujung 27, 28 Julai

Hari Perniagaan Sosial diadakan di Langkawi hujung 27, 28 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan pemikir Yunus Centre dan Universiti Antarabangsa Albukhary akan mengadakan perhimpunan global tahunan iaitu Hari Perniagaan Sosial pada 27 dan 28 Julai ini, di Langkawi. 

Satu lagi acara iaitu dialog akademia dengan Kelab Konvensyen 3ZERO akan berlangsung pada 29 Julai. 

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kelmarin, program bertemakan Perang, Keamanan dan Ekonomi: Masa Depan Manusia itu bertujuan meraikan dan berkongsi pengalaman daripada pemimpin perniagaan sosial dan keusahawanan.

Kata kenyataan itu, sesi interaksi pada hari berkenaan adalah untuk memberi inspirasi kepada tindakan berani dan menggesa pemimpin global mengambil keputusan sukar mengenai bahan api fosil, alternatif plastik, keamanan dan perang.

“Ia juga bertujuan memberi inspirasi kepada tindakan ke arah pemulihan hutan, menyelamatkan dasar lautan dan mewujudkan tamadun baharu yang didorong oleh nilai kemanusiaan berkongsi dan mengambil berat.

“Sukacita diingatkan bahawa skop tindakan untuk menangani proses kemerosotan yang berterusan akan menjadi lebih pendek daripada satu abad.

“Selepas itu, planet ini akan memasuki zon merah menyaksikan proses kemerosotan berterusan yang tidak dapat dipulihkan manakala semua tindakan untuk membalikkan proses ini tidak akan memberi sebarang kesan. 

“Dalam masa yang singkat, hanya tindakan berani dan luar biasa yang dimulakan serta-merta dapat menyelamatkan manusia dan makhluk hidup lain daripada bencana,” katanya.  

Jelasnya, pada hari tersebut akan menampilkan ucaptama, sesi plenari, bengkel dan forum negara untuk membantu pihak berkepentingan merancang dan merangka tindakan masa hadapan ke arah mewujudkan tamadun baharu dalam dunia tiga sifar.

“Orang ramai dijemput untuk menyertai perbualan tiga hari ini dengan mendaftar di socialbusinesspedia.com,” katanya.  –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN