Gelombang hijau belum reda, sedia badai Pulau Pinang, Selangor, NS - Utusan Malaysia

Gelombang hijau belum reda, sedia badai Pulau Pinang, Selangor, NS

MOHD. Shukri Ramli (enam dari kanan) merakamkan gambar bersama selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Padang Besar, Perlis hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Gelombang hijau dan Perikatan Nasional (PN) akan terus membadai negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Keyakinan tersebut disebalik dakwaan kononnya gelombang gabungan tersebut semakin reda di negeri-negeri berkenaan.

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, selain Pulau Pinang, PN juga mampu merampas Selangor dan Negeri Sembilan berdasarkan gelombang yang cukup hebat ditunjukkan rakyat di negeri tersebut.

Katanya, PN bukan sahaja yakin mampu menang di kerusi majoriti Melayu malah berupaya merampas kawasan majoriti masyarakat Cina yang dilihat mula beralih arah kepada gabungan berkenaan.

“Daripada apa yang dilihat, gelombang di Selangor memang amat hebat menyokong PN dan akan memberi perubahan pada PRN nanti

“Negeri Sembilan pula sama macam Perlis, walaupun senyap sahaja suasananya, tapi kita akan lihat perubahan gelombang menyokong PN,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pelancongan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan keyakinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih kemenangan dua pertiga dalam PRN di Pulau Pinang susulan gelombang PN dikatakan semakin mengendur.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengakui meskipun PN berjaya mencipta kejutan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) namun banyak perubahan telah berlaku dalam politik dan pentadbiran negara sehingga kini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri yang juga Menteri Besar berkata berkata, krisis calon DAP di Pulau Pinang juga akan turut memberi kelebihan buat gabungan PN meraih kemenangan pada PRN nanti.

Selain itu, katanya, PN juga dijangka tidak menghadapi masalah untuk menyapu bersih semua kerusi di negeri-negeri yang ditadbir sebelum ini iaitu Kedah Kelantan dan Terengganu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya