Dokumen bukan perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda

Dokumen bukan perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda – Bekas pegawai Muhyiddin

KERATAN laporan digital Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dokumen disiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak membuktikan pelupusan hutang peneroka hanya dibuat pada Jun lalu, sebaliknya ia berkaitan penerbitan Sukuk Berjaminan Kerajaan yang memang merupakan sebahagian daripada keputusan Kabinet pada 2020.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata, penyiaran dokumen itu mengesahkan telahan beliau sebelum ini bahawa dokumen ditandatangani Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda, tetapi perjanjian berkaitan Sukuk Berjaminan Kerajaan.

Katanya, sesiapapun yang menjadi Menteri Kewangan mesti menandatangani dokumen itu dan seingat beliau Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menjadi Menteri Kewangan.

“Sekali pandang saya sudah tahu dokumen tersebut bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda, tetapi perjanjian mengenai Sukuk Berjaminan Kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat.

“Kabinet pada 14 Oktober 2020 (ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri) meluluskan Pelan Pemulihan Felda yang di dalamnya termasuklah pelupusan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion, penerbitan sukuk RM9.9 bilion secara berperingkat untuk tujuan pengambilalihan FGV dan penyelesaian hutang Felda dengan Maybank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan penyediaan geran tahunan RM990 juta kepada Felda oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MUHYIDDIN YASSIN

Justeru, Marzuki meminta kerajaan untuk ‘declassify’ (nyahklasifikasi) minit mesyuarat Kabinet tersebut untuk tatapan rakyat bagi mengelakkan keraguan mengenai keputusan Kabinet pada 14 Oktober 2020 yang telah melupuskan hutang peneroka Felda.

Terdahulu, Anwar mengemukakan bukti bahawa beliau menandatangani surat atau dokumen selaku Menteri Kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion. 

Dokumen itu adalah sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait jaminan kerajaan kepada Felda.

Justeru, beliau mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Semalam, Muhyiddin menuntut Anwar mengemukakan bukti bahawa beliau menandatangani surat atau dokumen meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda selepas Anwar mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin juga menuntut Anwar menarik balik kesemua kenyataan fitnah tersebut dalam tempoh 24 jam, selain memohon maaf tanpa syarat dan secara terbuka.

Ia sebahagian daripada tuntutan yang dikemukakan peguam Muhyiddin dalam surat tuntutan bertarikh semalam, yang turut memberi tempoh 24 jam kepada Anwar untuk mendedahkan dokumen atau surat yang ditandatanganinya bagi melupuskan hutang peneroka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya