CCTV AI bukan perkara baharu

CCTV AI bukan perkara baharu

ANTHONY Loke dalam sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan pelaksanaan sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan (CCTV AI) di persimpangan lampu isyarat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan perkara baharu.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pelaksanaan CCTV AI itu sudah diluluskan untuk dilaksanakan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan lagi.

“Sistem itu diperkenal sebagai langkah ‘proof of concept‘ (bukti konsep),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan tular mengaitkan JPJ yang kini sedang memasang sistem berkenaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara bagi mengesan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalan raya secara lebih jelas.

Media sebelum ini melaporkan, CCTV AI itu kini mula dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Pujut Miri, berhampiran Bintang Megamall, Miri, Sarawak awal bulan ini.

Difahamkan, CCTV AI itu mampu merakam kesalahan trafik dengan lebih teliti termasuk mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, termasuk kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Dilaporkan juga, data itu akan diserahkan kepada polis atau JPJ untuk tindakan undang-undang sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian tidak mematuhi lampu isyarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya