BN, PN pamer saingan di Sungai Panjang - Utusan Malaysia

BN, PN pamer saingan di Sungai Panjang

BN PN
MOHD. Rezali Saari dan Mohd. Imran Tamrin bersalaman selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRN DUN Sungai Panjang dekat Dewan Seri Bernam, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Pertembungan antara gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) dengan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.03 Sungai Panjang dijangka sengit apabila masing-masing membawa rombongan besar menemani calon ke Pusat Penamaan Calon dekat Dewan Sri Bernam.

BN menamakan penyandangnya, Datuk Mohd. Imran Tamrin sementara PN pula mengenengahkan Mohd. Rezali Saari sebagai calon dan masing-masing sampai di Pusat Penamaan Calon pada pukul 9.15 dan 9.00 pagi bagi mengesahkan perebutan kerusi berkenaan.

Mohd. Imran tadi tiba bersama rombongan diketuai Pengarah Pilihan Raya DUN Sungai Panjang, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bersama pencadang dan penyokongnya, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Mardi Sukir dan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Azhar Achil.

Sementara Mohd. Rezali pula tiba bersama pencadang dan penyokongnya iaitu Ketua Cawangan Pas Parit 13, Mohd. Saberi Awang yang merupakan Pengarah Pilihan Raya DUN Sg. Panjang dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd. Maksom Ramli.

Sehingga pukul 10.00 pagi tadi, tiada calon lain atau bebas tampil di Dewan Seri Bernam bagi menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di DUN Sungai Panjang.

BN PN
MOHD. Imran Tamrin tiba bersama rombongan jenteranya yang berarak dari Pejabat UMNO Bahagian Sungai Besar menuju ke Pusat Penamaan Calon dekat Dewan Seri Bernam, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.

Mohd. Imran kali pertama memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU14) selepas penyandang terdahulu Datuk Dr. Budiman Mohd. Zohdi tidak mempertahankan kerusi itu lagi.

Beliau menang dengan memperoleh 10,530 undi, sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mariam Abdul Rashid (8,446 undi) dan Mohd Razali (6,999) undi.

Untuk rekod, DUN Sungai Panjang mempunyai seramai 40,786 jumlah pengundi meningkat sekitar 500 pengundi berbanding PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya