Bell Ngasri menang Artis Komedi Popular - Utusan Malaysia

Bell Ngasri menang Artis Komedi Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menepati ramalan rakyat Malaysia, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular 35 (ABP) di Istana Budaya, malam ini.

Kemenangan tersebut merupakan satu penghargaan buat Bell selepas 37 tahun tidak pernah merangkul sebarang anugerah.

Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya merangkul trofi tersebut.

Menerusi kategori Artis Komedi Popular, Bell berentap dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Nama Bell juga muncul sebagai 10 artis meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN