Anwar umum RM10 juta untuk AIM

Anwar umum RM10 juta untuk AIM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak RM10 juta diperuntukan kerajaan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menambah dana kepada agensi itu untuk digunakan sebagai modal perniagaan sahabat AIM yang terdiri daripada golongan wanita B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan lebih khusus juga akan diberikan kepada AIM melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober depan bagi meningkatkan peranan mereka membasmi kemiskinan tegar.

“Bagi memastikan kelicinan program AIM sebelum Oktober ini di mana saya boleh kaji secara menyeluruh keperluan AIM dan bagaimana tingkat kegiatannya, menambah jumlah Sahabat Usahawan, saya pada petang ini meluluskan peruntukan RM10 juta untuk AIM.

“Ada dalam kalangan saudari masuk dalam kategori kemiskinan tegar. Justeru, dana bagi program membanteras kemiskinan tegar ini boleh disalurkan melalui AIM,” katanya ketika merasmikan Karnival Sahabat Usahawan AIM, di sini hari ini.

AIM yang ditubuhkan pada 17 September 1987 telah membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan negara dan berjaya menjangkau empat juta isi rumah menikmati pelbagai manfaat menerusi Skim Pembiayaan Ikhtiar.

Perdana Menteri berkata, fungsi dan peranan AIM dalam membantu golongan wanita untuk keluar daripada kepompong kemiskinan tidak boleh dinafikan dan beliau akan mencari kaedah agar sebahagian dana dalam usaha menoktahkan kemiskinan turut disalurkan melalui AIM.

Sementara itu, beliau mengimbas kenangan ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an yang pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada AIM bagi membolehkan usahawan menjana pendapatan.

“Kemudian bila saya diterajang keluar, 2012 hingga sekarang tiada peruntukan, tapi Alhamdulillah Anwar naik balik jadi Perdana Menteri jadi saya nak sambung balik kerja dulu bagaimana boleh tingkatkan pendapatan rakyat miskin, bagaimana harus bantu AIM dan Oktober ini kita ada program khas bangkitkan kemajuan AIM,” katanya. 

Beliau juga akan meminta pengurusan AIM untuk memberi laporan terperinci kaedah memperkasa lagi AIM dalam usaha menambah kegiatan ekonomi, jumlah Sahabat Usahawan dan mengurangkan tekanan kos pengurusan dan perkhidmatan dihadapi institusi itu.

Pada majlis sama, Perdana Menteri menyampaikan cek berjumlah RM269.3 juta untuk disalurkan sebagai modal perniagaan kepada sahabat-sahabat usahawan di negeri Kedah.

Peruntukkan itu meliputi dua skim pembiayaan ikhtiar yang disediakan iaitu Skim Ekonomi dan Skim Sosial bagi membolehkan sahabat usahawan menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya