AMK kerah jentera bantu kempen PRN enam negeri

AMK kerah jentera bantu kempen PRN enam negeri

ADAM Adli Abd. Halim semasa sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2023 di Kelantan Golf and Country Club, Kota Bharu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengerah keringat bagi membantu kerja-kerja kempen Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ketuanya, Adam Adli Abd. Halim berkata, PRN nanti setiap negeri akan diberikan tumpuan sama rata dan hanya tertumpu di satu-satu kawasan.

“Hal ini kerana bagi saya semua negeri adalah sama dan perlu diberi perhatian.

“Kita akan meneruskan kempen serta sedang giat melaksanakan siri jelajah di seluruh negeri termasuk Jelajah Madani, Jelajah Perpaduan beberapa siri jelajah lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2023 di Kelantan Golf and Country Club, di sini hari ini.

Adam Adli memberitahu, AMK berpuas hati dengan kerusi yang diberikan kepada pihaknya pada PRN kali ini iaitu Chetok (Kelantan), Wakaf Mempelam (Terengganu) serta Sementa, Bukit Melawati dan Rawang (Selangor).

Katanya, angka-angka itu sudah cukup sihat selain menggalakkan dan membuka ruang-ruang kepada AMK pada masa hadapan.

“Kadar kebolehan untuk menang adalah lebih tinggi apabila mereka yang dicalonkan adalah terdiri daripada penyandang yang sudah ada ‘track record’ yang baik berkhidmat di satu-satu kawasan.

“Kalau ada penyandang yang perlu direhatkan disebabkan faktor usia, kesihatan dan sebagainya, itu baru kita berpeluang untuk tampilkan calon,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, strategi politik dalam Kerajaan Perpaduan perlu dipegang secara bersama terutamanya ketika menghadapi PRN.

Katanya, semua pihak terutamanya parti-parti komponen dalam PH termasuk BN perlu mempunyai keyakinan dalam setiap strategi yang dilakukan termasuk dalam soal pemilihan calon.

Ujarnya, kriteria pemilihan calon yang dilakukan juga telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk aspek utama iaitu kebolehan untuk menang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya