PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui terpaksa menyalurkan sumbangan dalam kalangan ahli parti secara individu untuk meneruskan gerak kerja menuju pilihan raya negeri (PRN) bulan depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, partinya berdepan kekangan berkempen kerana masalah kewangan, bagaimanapun, ia masih dianggap bukan masalah besar mendepani pilihan raya di enam negeri nanti. “Sekarang ini, ahli-ahli Bersatu memberi sumbangan sendiri kepada calon-calon parti…