SUNGAI PETANI: Empat penternak rugi hampir RM200,000 apabila 43 ekor lembu milik mereka mati dipercayai terminum air yang mengandungi racun dari sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Toh Pawang, Bedong di sini. Seorang penternak, K. Thines, 35, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah seekor daripada ternakannya ditemukan mati berhampiran parit kecil kira-kira pukul 7 petang, Rabu minggu lalu. “Seekor lagi lembu mati selang sejam kemudian dan sehingga Sabtu lalu sahaja…









