Dua pengarah syarikat didenda RM350,000 cuba lupus sisa terjadual secara haram

Dua pengarah syarikat didenda RM350,000 cuba lupus sisa terjadual secara haram

DUA pengarah syarikat dipenjara sehari dan didenda keseluruhan RM350,000 oleh Mahkamah Majistret Segamat kerana melupuskan sisa terjadual secara haram di Kawasan Perindustrian Segamat 2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Dua pengarah syarikat dihukum penjara beserta denda bernilai keseluruhan RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam kerana melupuskan sisa terjadual secara haram.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, mahkamah sama turut memerintahkan dua lori bersama 431 tan metrik buangan terjadual dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Katanya, pengarah syarikat You Peng (M) Sdn. Bhd., Teh Choon Kian, 53, mengaku bersalah di hadapan Hakim, Rahimah Abd. Majid atas empat pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Tertuduh turut dikenakan hukuman penjara satu hari dan denda RM100,000 mengikut Seksyen 34B(1)(a) bagi kesalahan menempatkan buangan terjadual tanpa kelulusan, serta denda tambahan RM50,000 bagi kesalahan mengendalikan premis tanpa lesen di bawah Seksyen 18(1) dan 19(1)(a) akta yang sama.

“Dalam kes berasingan di lokasi sama iaitu Kawasan Perindustrian Segamat 2, syarikat pengangkutan Vertex Mission Sdn. Bhd. bersama pengarahnya, Yeah Hock Heng, didenda RM100,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 18(1A) iaitu menggunakan kenderaan berat bagi pergerakan sisa terjadual tanpa lesen pembawa yang sah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Famey, orang ramai diminta menyalurkan maklumat dan aduan menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam, e-mel [email protected] atau portal e-Aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN