HULU TERENGGANU: Lebih 30 rumah penduduk di 10 kampung di Ajil dan Kuala Berang di sini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut, kelmarin. Beberapa buah rumah turut rosak akibat dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 hingga 6 petang itu. Seorang penduduk Kampung Durian Kassim, Omar Safie, 60, berkata, sebelum kejadian dia sedang berbual dengan seorang rakan di beranda manakala tiga ahli keluarganya berehat di dalam rumah. “Mulanya awan…










