Watikah bubar DUN Selangor diserah kepada SPR  - Utusan Malaysia

Watikah bubar DUN Selangor diserah kepada SPR 

DUN Selangor
NG Suee Lim (kanan) menyerahkan watikah pembubaran DUN Selangor kepada Shafie Taib (kiri) sambil disaksikan Amirudin Shari dan Haris Kasim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 secara rasminya dibubarkan pada hari ini seperti yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun (Isnin) lalu.

Pembubaran pada hari ini menyaksikan penyerahan watikahnya oleh Speaker, Ng Suee Lim, kepada kepada Pengarah SPR Selangor, Shafie Taib pada Majlis Perhimpunan Bulanan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari penjawat awam Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, meskipun DUN dibubar, kerajaan negeri masih berfungsi dan barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) perlu menghadiri mesyuarat di bawah portfolio mereka.

“Semua exco akan menyerahkan kenderaan rasmi masing-masing sehari sebelum hari penamaan calon kerana harus menghadiri mesyuarat di bawah portfolio mereka sehingga hari tersebut. Jadi, exco hanya dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi untuk urusan kerja portfolio mereka,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, meskipun pembubaran berkuatkuasa, namun berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, kerajaan negeri masih kekal berfungsi sehingga pentadbiran baharu dibentuk selepas pilihan raya nanti.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan membubarkan DUN Selangor dalam Istiadat Pengisytiharan Pembubaran di Istana Alam Shah, Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN