Wanita PH tuntut Jocelyn Chia mohon maaf

Jocelyn Chia dituntut mohon maaf

Jocelyn Chia
Jocelyn Chia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita Pakatan Harapan (PH) menuntut pelawak, Jocelyn Chia memohon maaf selepas membuat penghinaan terhadap negara ini, rakyat Malaysia dan mempersenda tragedi malang MH370.

Pengerusinya, Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya menyambut baik permohonan maaf Kerajaan Singapura atas keterlanjuran biadab pelawak wanita tersebut. 

Bagaimanapun, Jocelyn sendiri dituntut membuat permohonan maaf dan insaf atas kebiadaban tersebut. 

“Ia tidak lawak, tidak berasas dan hanya menzahirkan kerendahan nilai, adab dan susila. Bahkan memberi gambaran buruk terhadap pengamal standup comedy yang lain.

“Selain merosakkan kedamaian, keakraban, kerukunan dan perpaduan antara negara-negara rantau ASEAN, ia suatu yang sangat mendukacitakan, rendah nilai kemanusiaan dan lupa diri,” katanya dalam kenyataan. 

Pada masa sama, Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bangga dengan anak-anak muda negara ini pelbagai kaum yang bangkit mempertahan Malaysia. 

Semalam, media melaporkan, Jocelyn yang  dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri sehingga mengundang kecaman ramai. 

Namun, Kerajaan Singapura hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak berkenaan. 

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon turut menegaskan, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya