Victor Sanjos ambil alih jawatan Komander ESSCOM

Victor Sanjos ambil alih jawatan Komander ESSCOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Victor Sanjos yang merupakan anak jati Keningau akan mengambil alih tugas sebagai Komander Eastern Command (KEC) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau mengambil alih tugas tersebut daripada Deputi Komosioner, Mohd. Ali Tamby yang dilantik sebagai Komander ESSCOM pada 18 Mei lalu. Victor akan memulakan tugas secara rasmi bermula 3 Julai ini

Majlis serah terima tugas itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini.

Mohd. Ali pula akan mengambil alih tugas Victor sebagai Timbalan Ketua Polis, Kelantan.

Pelantikan Victor sebagai KEC ESSCOM adalah ibarat sirih pulang ke gagang kerana beliau pernah bertugas selama empat tahun sebagai Timbalan Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal ESSCOM iaitu pada 2015 hingga 2019.

Victor yang mempunyai kepakaran dalam bidang siasatan dan teknologi merupakan anak Sabah pertama diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai perintis utama menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Siber (Cyber Crime) dan Unit Forensik Komputer (Komputer dan Telefon bimbit) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman pada 1997.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Mutimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial; Pegawai Turus (Police Cyber Investigation and Response Center); Ketua Unit Keselamatan Siber dan Siasatan Jenayah Komputer, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Deputi Komisioner Polis dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan sejak 15 Mei lalu.

Justeru, perkhidmatannya dalam PDRM selama lebih 28 tahun dan pengalaman luas dan kepakaran yang ada, Victor yang gemar turun padang berinteraksi dengan masyarakat setempat in diyakini mampu meneruskan legasi dan kecemerlangan ESSCOM.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Sahiman Awang Sahari; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya