Utusan Malaysia, Kosmo! rangkul 4 anugerah HKM MPI- Petronas

Utusan Malaysia, Kosmo! rangkul 4 anugerah Hadiah Kewartawanan (HKM) MPI- Petronas 2022

Anwar Ibrahim bergambar bersama pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic di sini, semalam. – MINGGUAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia di bawah kendalian syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) berjaya menggondol tiga kategori Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 yang berlangsung di Hotel Majestic di sini kelmarin.

Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan dinobatkan Pemenang Emas Kategori Infografik Terbaik bagi karya bertajuk Bakal Pupus yang membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Jurufoto Utusan Malaysia, Muhammad Fariz Rusadio pula dinobatkan sebagai Pemenang Perak bagi Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang apabila rakaman gambarnya bertajuk Kasih Ibu terpilih dan membawa pulang wang tunai RM1,500 dan sijil.

Bagi kategori Laporan Berita Cemerlang, Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia, Fahmi Faiz pula merangkul Pemenang Perak dengan berita bertajuk Kartel Kawal Harga Ayam dan membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta sijil.

Sementara itu, akhbar Kosmo! yang turut bernaung di bawah syarikat Media Mulia diangkat sebagai Pemenang Gangsa dalam kategori Infografik Terbaik melalui karya bertajuk 8 Pandemik Terburuk Landa Dunia menerusi Penolong Ke­tua Kreatifnya, Arma Rizal Abu Bakar.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Sany menang berdasarkan infografik mengenai pencemaran yang berlaku di Tasik Chini, Pahang yang dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan tasik semulajadi yang kaya dengan khazanah biosfera itu.

Sementara itu, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis itu berharap generasi baharu tidak mengambil jalan singkat untuk mencari kebenaran sehingga ia dilihat seperti katak di bawah tempurung.

Justeru, Anwar berkata, wartawan dan media harus memainkan peranan untuk menanam semangat membaca dalam kalangan generasi itu tanpa mengira apa jua platform.

“Saya memilih untuk me­lontarkan idea yang tersemat di jiwa sanubari saya iaitu bagaimana kita boleh gunakan nikmat kemudahan media yang ada untuk mendidik anak bangsa, menanam semangat membaca. “Pilih jalur apa pun, media cetak atau digital, saya tiada masalah, tetapi jangan cari jalan singkat untuk mencari kebenaran kerana kalau kita izinkan berterusan maka satu generasi akan kekal ibarat katak di bawah tempurung,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya