Tragedi Double Six: Kotak hitam hilang atau dihilangkan-Jeffrey

Tragedi Double Six: Kotak hitam hilang atau dihilangkan -Jeffrey

JEFFREY Kitingan (lima kiri) bersama sebahagian Menteri dan Pembantu Menteri Negeri Sabah dan ahli keluarga mangsa tragedi di tugu peringatan Double Six di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persoalan mengenai keberadaan kotak hitam pesawat Nomad 9M-ATZ yang terhempas pada 6 Jun 1976 yang juga dikenali sebagai tragedi Double Six kekal menjadi misteri yang belum terungkai.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, beliau menolak laporan yang menyatakan pesawat tersebut tidak dilengkapi dengan kotak hitam.

“Saya tidak percaya kotak hitam itu tidak boleh dicari, insiden itu berlaku di sekitar sini dan bukannya sukar untuk dicari. Ia sepatutnya berada dengan pesawat. Setiap pesawat seharusnya dilengkapi dengan kotak hitam.

“Siapa yang ambil kotak hitam itu, kenapa mahu disembunyikan. Apa sebenarnya berlaku, dimana kotak hitam itu? Kenapa sampai sekarang tidak boleh dikesan, adakah kotak hitam itu hilang atau dihilangkan.

“Persoalan yang timbul sekarang akan terjawab sekiranya kandungan kotak hitam tersebut diketahui,” katanya semasa ulang tahun peringatan Tragedi Double Six di Sembulan, di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, kandungan kotak hitam tersebut mungkin boleh memberi maklumat lebih terperinci mengenai nahas pesawat berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau meletakkan keputusan untuk menuntut perkara itu kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Menurut beliau, perkara itu terletak sepenuhnya kepada keluarga mangsa. Di pihak kerajaan, mereka akan menyokong apa juga kehendak keluarga asalkan perkara yang dituntut itu betul.

Jeffrey berkata, pendedahan laporan itu tidak menjawab persoalan yang selama ini bermain di fikiran keluarga mangsa dan rakyat Sabah.

Jelas beliau, jika itu sahaja hasil laporan yang diperoleh kenapa ia disembunyikan dan dirahsiakan begitu lama, kenapa tidak didedahkan sejak daripada awal?.

Laporan tragedi Double Six yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sejak 47 tahun lalu akhirnya dinyahklasifikasi pada April lalu bagi membolehkan laporan nahas pesawat itu didedahkan kepada umum.

Tragedi Double Six adalah nahas pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu. Tragedi itu mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam individu lain.

Pesawat tersebut terhempas di Sembulan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya