PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menghentikan tajaan kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi hanya disebabkan permintaan terhadap tenaga kerja bagi bidang berkenaan sudah mencukupi adalah tidak wajar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Ahmad Izzuddin Anuar berkata, tindakan itu tidak menggambarkan konsep Kerajaan Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Katanya, alasan kerajaan itu juga tidak menggambarkan situasi sebenar…










