Terima surat amaran, Ketua Polis Pulau Pinang tegaskan tidak tunduk mana-mana ugutan - Utusan Malaysia

Terima surat amaran, Ketua Polis Pulau Pinang tegaskan tidak tunduk mana-mana ugutan

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menegaskan beliau dan seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen negeri itu tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak akan tunduk kepada mana-mana ancaman atau ugutan.

Sebaliknya, tegas Kok Chin, beliau akan terus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengugut atau mengancamnya serta PDRM Kontinjen Pulau Pinang.

”Ugutan atau ancaman sebegini adalah merupakan perkara yang lumrah dan sentiasa dihadapi oleh pihak polis dalam melaksanakan tugas membanteras kegiatan dan aktiviti haram oleh mana-mana pihak atau sindiket haram.

”Sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, saya dan seluruh pasukan PDRM Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kok Chin mengulas mengenai surat ugutan yang diterima beliau baru-baru ini yang memberi amaran supaya beliau tidak menggangu urusan kumpulan ahlong di Pulau Pinang.

Difahamkan, Ketua Polis Pulau Pinang itu menerima surat tersebut yang dihantar ke pejabatnya di ibu pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Susulan surat ugutan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Kok Chin dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Mohd. Shuhaily kepada Kok Chin dilaksanakan pada 12 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.