Tangani secara serius isu lepasan SPM tidak sambung pengajian

Tangani secara serius isu lepasan SPM tidak sambung pengajian

RAISIN Saidin (dua kiri) bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Sekolah), Abidin Marjan (kanan) semasa Bengkel Pemerkasaan Guru di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi perlu ditangani dengan baik.

Pengarah Pendidikan Negeri, Raisin Saidin berkata, biarpun tiada data sebenar pelajar lepasan SPM di Sabah yang tidak menyambung pengajian namun, pendekatan perlu diambil bagi memastikan pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Di peringkat JPN, beliau melihat kepentingan peranan guru kaunseling untuk memberi pendedahan kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM mengenai peluang-peluang menyambung pengajian yang terdapat di luar sana.

“Pelajar yang bakal menduduki SPM perlu didedahkan dengan peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana pada masa ini terdapat banyak pilihan untuk menyambung pengajian.

“Ada banyak peluang sebenarnya untuk sambung pengajian iaitu di institut pengajian tinggi awam atau swasta serta kolej-kolej kemahiran yang menawarkan pelbagai kursus pengajian,” katanya ketika penyampaian sumbangan khairat kematian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dan Bengkel pemerkasaan amalan terbaik dalam kajian tindakan peringat negeri, hari ini.

Menurut beliau, walaupun laporan akhbar sebelum ini menyatakan terdapat lebih 400,000 lepasan SPM tidak menyambung pengajian namun, statistik itu bukan data semasa.

Jumlah tersebut tidak menggambarkan situasi semasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengulas mengenai isu ini bahawa jumlah tersebut tidak tepat kerana mengambil kira statistik beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan dianggarkan 458,000 lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun iaitu sejak 2020.

Sekiranya trend itu berlanjutan maka, dijangkakan kira-kira 40 peratus atau 116,454 orang daripada 403,637 calon SPM 2022 yang akan mengambil keputusan esok, turut mengambil langkah serupa.

Keputusan SPM 2022 dijangka diumumkan bermula 10 pagi esok di seluruh negara menerusi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya