Sultan Mizan kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu

Sultan Mizan kurnia darjah kebesaran kepada 111 individu

SULTAN Mizan Zainal Abidin (kanan) mengurniakan Darjah Kebesaran S.S.M.Z kepada Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil pada majlis istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 111 orang menerima kurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ke-61, semalam.

Sultan Mizan berkenan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat tersebut pada majlis istiadat penganugerahan yang berlangsung di Istana Syarqiyyah di sini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran tersebut ialah Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Datuk Zulkifli Ali dan Pengerusi dan Pengarah Urusan Yen Tin, Datuk Tan Choo Meng.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Eksekutif TSLAW Tower, Tan Sri Law Ten Seng pula dikurnia Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Darjah Kebesaran Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z) dikurnia kepada enam individu.

Mereka ialah Pengarah Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Seri Dr. Yusof Ismail.

Selain itu, Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah, Datuk Radzuan Radzi; Pengarah EPLFrenz Sdn. Bhd., Muhammad Zahir Mohamad dan Pengurus Besar Radio An Nur, Wan Mohd. Noor Wan Mohamed.

Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk kepada 27 individu.

Antara penerimanya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah; Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Haron; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof. Dr. Fadzli Adam dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Ishamudin Hashim.

Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd, Atemin Sulong; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Wan Adnan Wan Derahman dan Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu, Anuar Awang turut menerima D.P.M.T

Seramai 16 individu juga dikurnia Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.M,Z).

Antaranya penerimanya ialah Pengawai Daerah Marang, Lizan Che Mat; Pegawai Daerah Dungun, Juaman Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, Wan Abd. Malik Wan Sidek.

Seramai 10 individu dikurnia Darjah Ahli Setia Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.M.T), Darjah Kebesaran Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (A.M.Z) (12) dan Darjah Ahli Mohkota Terengganu Yang Amat Dihormati (A.M.T) (30). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini