Squid Game 2 lebih drama - Utusan Malaysia

Squid Game 2 lebih drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT Squid Games ‘menggila’ sebaik sahaja platform penstriman Netflix untuk pertama kalinya awal bulan ini menayangkan trailer penuh musim kedua drama bersiri berkenaan.

Keterujaan peminat bertambah apabila pengarah, penerbit dan penulisnya, Hwang Dong-Hyuk mengesahkan pembikinan Squid Games 2 menerusi Twitter.

“Kami mengambil tempoh 12 tahun untuk menghasilkan Squid Games sebelum ia ditayangkan tahun lepas. Tetapi kami hanya perlukan 12 hari untuk menjadikannya sebagai drama bersiri paling popular di Netflix.

“Kini, Gi-Hun, pemain utama telah kembali. Musim kedua akan datang. Lelaki bersarungkan sut ddakji mungkin kembali selain teman lelaki Young-hee, Cheol-Su juga bakal diperkenalkan.

“Sertai kami dalam pusingan serba baharu,” tulisnya.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui peminat mengenai Squid Games musim kedua.

1) TAYANGAN TAHUN DEPAN
Squid Games musim kedua memulakan penggambarannya sekitar tahun ini.

Justeru, drama bersiri tersebut dijangka menemui peminat sekitar perayaan Halloween tahun depan.

2) LEBIH SEORANG PENGARAH

Pengarah, Dong-Hyuk mengarahkan kesemua episod pada musim pertama. Beliau bagaimanapun tidak akan melakukan perkara sama untuk musim kedua.

“Yang pasti kali ini saya tidak akan melakukannya seorang.

“Saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat pengarah berpengalaman yang lain,” katanya.

3) BAJET BESAR

Squid Games musim kedua dijangka lebih menarik kerana membabitkan jumlah peruntukan yang lebih besar iaitu sekitar AS$77.8 juta (RM359 juta).

4) TIADA AKTOR HOLLY­WOOD

Menurut pengarah, Dong-hyuk musim kedua tidak melibatkan pelakon Hollywood malah peng­gambaran masih dikekalkan di Korea Selatan.

5) PEMAIN 456

Pelakon, Lee Jung-Jae yang mem­bawakan watak Seong Gi-hun akan kembali dalam musim kedua.

6) PEMBALASAN DENDAM

Musim kedua menyaksikan rancangan Gi-hun untuk membalas dendam selepas melalui pengalaman buruk pada musim pertama. Peminat bakal melihat sisi gelap karakter berkenaan.

7) JUN HO

Selain penceritaan tentang Gi-hun, musim kedua juga kemungkinan bakal merungkai nasib sebenar Front Man (lakonan Lee Byung-Hun) dan adiknya Jun-ho (Wi Ha-joon) yang masih menjadi tanda tanya.

8) CHEOL-SU

Teman lelaki robot pembunuh Young Hee, Cheol- Su bakal diperkenalkan dalam musim kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya