SPM: 333 pelajar di Terengganu catat semua A - Utusan Malaysia

SPM: 333 pelajar di Terengganu catat semua A

ABDUL Muie Ngah (empat, kiri) bergambar bersama pelajar dari Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2022 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 333 pelajar atau 2.07 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang dengan kombinasi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, daripada jumlah itu, enam pelajar mencatatkan keputusan memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurut beliau, Terengganu juga merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) bagi SPM 2022 adalah 4.59, bertambah baik berbanding GPN tahun lalu iaitu 4.72 dan Gred Puraga Kebangsaan tahun ini iaitu 4.74.

“Seramai 18,747 calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022 di 176 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Muie berkata, seramai 9,617 calon memperoleh keputusan lulus semua mata pelajaran yang diambil.

Selain itu, katanya, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik dengan GPS 1.31, kategori sekolah semua A terbaik serta peningkatan semua A terbaik.

Tambahnya,terdapat lima sekolah yang merekodkan kecemerlangan apabila semua calonnya lulus semua mata pelajaran.

Lima sekolah itu ialah SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Setiu, SM Imtiaz Kemaman dan SM Imtiaz Dungun.

“SMK Chalok (Model Khas) di Setiu pula muncul sekolah dengan peningkatan GPS terbaik iaitu 5.48 berbanding 6.65 pada tahun lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya