Siasatan LHDN terhadap Hamzah bersifat politik - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Siasatan LHDN terhadap Hamzah bersifat politik – Muhyiddin

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersifat politik.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak melihat sebab lain siasatan itu dilakukan, sama seperti fokus siasatan terhadap beliau sebelum ini serta siasatan lain terhadap pemimpin-pemimpin parti komponen PN.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkenaan menghentikan siasatan bermotifkan politik tersebut sebaliknya memberi peluang kepada semua individu selaras dengan amalan demokrasi negara.

“Melainkan mereka melakukan sesuatu yang salah, itu perkara lain, terpulang kepada polis untuk melakukan siasatan, bukannya mengambil tindakan semata-mata untuk kepentingan politik mereka,” kataya kepada pemberita selepas majlis Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kediaman Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dikatakan telah diserbu LHDN Selasa lalu bagi membantu siasatan kes cukai yang didakwa tidak dilaporkan.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang menafikan kediamannya telah diserbu dan mendakwa ia merupakan fitnah yang ditujukan terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya