Shahrazat sertai 30 lagi penerima pegawai kehormat TLDM

Shahrazat sertai 30 lagi penerima pegawai kehormat TLDM

Abdul Rahman Ayob (kiri) dan Sabri Zali menyempurnakan pemakaian pangkat Tauliah Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) kepada Shahrazat Ahmad dalam satu majlis di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menyempurnakan pemakaian pangkat Kepten (Kehormat) kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad dalam satu majlis di Markas Tentera Laut di sini.
Dalam satu kenyataan di sini, TLDM memberitahu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan mengurniakan Tauliah Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) kepada Shahrazat berkuatkuasa 29 Mac lalu.
Menurutnya, Tauliah Khas Kementerian Pertahanan itu berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera Bil. 1 Tahun 1996 dan Seksyen 198 (5) Akta Angkatan Tentera 1972.
“Sehingga kini, terdapat seramai 30 orang Pegawai Kehormat PSSTLDM daripada pangkat Leftenan (Kehormat) sehingga Laksamana Pertama (Kehormat).
“Antara mereka ialah bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dikurniakan pangkat Komander (Kehormat);  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang dikurnia Laksamana Pertama (Kehormat) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kepten (Kehormat), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,” kata kenyaaan itu.
Katanya, kesemua mereka merupakan ahli Jawatankuasa Pendukung masing-masing di peringkat negeri dan persekutuan.
Tambah kenyataan itu, pengurniaan Tauliah Kehormat PSSTLDM diyakini dapat meningkatkan hubungan antara tentera dan awam sekali gus memberi impak positif kepada pasukan tersebut.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali; Panglima Pasukan Simpanan, Laksamana Pertama Azeman Yusoff dan barisan Pengurusan Tertinggi TLDM. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya