Kementerian Pertahanan, pengeluar Perancis meterai pembekalan berpeluru berpandu LCS

Kementerian Pertahanan, pengeluar Perancis meterai pembekalan peluru berpandu LCS

KETUA Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026. - sumber FB Mindef
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan menandatangani Surat Setuju Terima (SST) dengan sebuah syarikat pertahanan Perancis bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara untuk kapal tempur pesisir (LCS).

Kementerian itu berkata, dokumen tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali bersama MBDA France sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026.

Menurutnya, SST tersebut melibatkan perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) bagi melengkapkan keupayaan persenjataan LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Perolehan ini juga merupakan kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

“Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran dengan geopolitik semasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada 28 Jun lalu, Kementerian Pertahanan dilaporkan mengenal pasti empat negara berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) untuk projek LCS susulan pembatalan perolehan oleh Norway.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses pemilihan itu tidak hanya tertumpu kepada spesifikasi asas, sebaliknya mengambil kira kriteria utama bagi memastikan sistem yang dipilih benar-benar memenuhi keperluan operasi TLDM.

Beliau berkata, negara yang menjadi pertimbangan ialah Turkiye dan Korea Selatan selain dua lagi di Eropah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN