Sertai peraduan teka kata untuk asah minda - Utusan Malaysia

Sertai peraduan teka kata untuk asah minda

A. RAHMAN Mansor menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai platform utama mendapatkan maklumat mengenai isu semasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), A. Rahman Mansor menyertai Peraduan Teka Kata Bahasa Jiwa Bangsa (4.0) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Utusan Malaysia kerana mahu mengasah minda.

Menurutnya yang menang hadiah utama minggu ketiga pe­raduan itu, setiap hari dia membeli akhbar Utusan Malaysia dan mengambil kesempatan untuk mencuba nasib daripada pera­duan tersebut yang menawarkan hadiah mingguan RM500.

“Jika sehari tak baca akhbar terasa kosong. Mungkin kerana membaca surat khabar menjadi minat saya sejak muda lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan A. Rahman, 67, menerima wang tunai berjumlah RM500 selepas berjaya menjawab soalan dengan betul dan menghasilkan slogan yang menarik iaitu ‘Bahasa dapat melahirkan bunga bangsa yang harmoni dan sejahtera’.

SARIMAH Md. Jamin membaca surat khabar setiap hari yang disediakan oleh syarikat untuk mencari isu-isu semasa.

Menurut A. Rahman yang tinggal di Taman Molek dekat Jementah, Johor, setiap pagi dia akan ke pekan Jementah untuk mendapatkan akhbar termasuk membelinya di pekan Segamat jika terputus bekalan di pekan itu.

Tempat kedua teka kata ming­gu ketiga dimenangi Norhidayah Mohd Nor, 38, dan memperoleh wang tunai RM400 manakala tempat ketiga, Hamzah Hashim, 65, yang menerima RM300.

Tiga peserta lain, Shahir Abdul Rani, 43; Azrina Md Nordin, 42; dan Megat Zuhairi Azizi Megat Alang, 29, masing-masing meneri­ma sagu hati berjumlah RM100.

Peraduan teka kata itu terbuka kepada warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Peserta boleh memotong ke­ratan jawapan yang disiar setiap Isnin hingga Khamis dan keratan yang diisi jawapan hendaklah ditampal pada borang penyertaan yang dikeluarkan pada setiap Jumaat serta melengkapkan slogan yang disedia oleh penganjur mengikut kosa kata yang betul.

Sementara itu, Sarimah Md. Jamin, 34, berkata, beliau mula menyertai peraduan tersebut pada minggu pertama lagi dan bernasib baik menang hadiah utama bagi minggu kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya