Sang Saka Biru hukum dua kelalaian Perak FC - Utusan Malaysia

Sang Saka Biru hukum dua kelalaian Perak FC

KAPTEN PDRM FC, Amir Saiful Badeli (kanan) berebut bola dengan pemain Perak FC, Muhammad Hadi Mohamad dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua kealpaan bahagian pertahanan dalam tempoh lima minit membawa padah kepada Perak FC apabila tumpas 1-2 kepada PDRM dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan PDRM mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.

Manakala Yusri Che Lah terus kempunan untuk mengutip sebarang mata sejak mengambil alih Perak FC daripada Datuk Lim Teong Kim.

Begitupun, tidak ada apa yang mampu dilakukan pasukan tuan rumah kerana nyata tidak mempunyai bahan berkualiti untuk mencabar PDRM.

Walaupun anak buah Yusri cuba memberi tentangan, ternyata tidak mencukupi untuk melakukan sebarang kemusnahan kepada lawan.

Kegagalan mengawal pemain lawan menyaksikan Uche Agba melepaskan rembatan leret yang menewaskan T. Shameeswaran pada minit ke-49 untuk jaringan pertama pasukan pelawat.

Empat minit kemudian, Mohamad Nabil Ahmad Latpi menghukum kelekaan benteng pertahanan pasukan tuan rumah untuk gol kedua Sang Saka Biru.

Perak bagaimanapun terus melawan dan berjaya merapatkan jurang apabila James Onyekachukwu tertampan bola ke dalam gol sendiri pada minit ke-72. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya