PETALING JAYA: Kerajaan boleh menjimatkan subsidi tarif elektrik berbilion ringgit setahun sekiranya melakukan rundingan semula perjanjian pembelian tenaga bagi beberapa loji janakuasa yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus sejak 2014. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, purata harga arang batu masih tinggi berbanding unjuran kos bahan api yang ditetapkan dalam tempoh Tempoh Regulatori Ketiga (RP3). Justeru, katanya, ia boleh menyebabkan caj…










