Remaja hilang dihanyut arus deras, mayat ditemukan terapung - Utusan Malaysia

Remaja hilang dihanyut arus deras, mayat ditemukan terapung

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar yang ditemukan lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Temir, Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Remaja yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras di Sungai Terengganu dekat Kampung Dusun di sini, pada Jumaat lalu ditemukan lemas di sungai itu, petang ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, mayat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar,15, ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam di dalam sungai tersebut dekat Kampung Temir, di sini, kira-kira pukul 1.05 petang.

Menurutnya, mayat remaja itu ditemukan pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Peringkat awal operasi, fokus pencarian diberikan di kawasan tumpuan tempat mangsa dikatakan lemas serta tenggelam dan hari kedua pencarian telah diperluas sehingga radius lima kilometer.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini

Beliau memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk siasat lanjut.

Selain itu, tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Susulan penemuan mayat mangsa operasi SAR yang mula digerakkan pukul 5 petang Jumaat lalu telah ditamatkan pukul 3 petang hari ini,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah dibawa arus deras ketika mandi-manda di Sungai Terengganu dekat Kampung Dusun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Muhammad Adam Shazwan dipercayai tiba-tiba hanyut ketika sedang berenang bersama seorang rakannya, Putra Azim Fahmi Azmi,16, di sungai tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya