Ramai dapat hidu hubungan skandal penyanyi itu

Ramai dapat hidu hubungan skandal penyanyi itu

GAMBAR HIASAN-UTUSAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, gelagat penyanyi wanita ini dengan pengurus lelakinya sudah lama menjadi bahan sangsi rakan-rakan dalam industri.

Adalah juga dalam tiga empat tahun cerita ini menjadi cakap-cakap belakang. Mungkin hubungan ‘cinta’ itu baru berputik dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kalau Cik Bunga sebut nama, memang ramai yang akan terkejutlah dan tak akan menyangka penyanyi bertudung ini boleh terjebak dengan suami orang.

Iya, pengurusnya itu sudah berkahwin, cuma belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata saja lagi. Tetapi, baru-baru ini, ketika si penyanyi ini dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang
selebriti tempatan, ramai pelik kerana pengurusnya tidak bawa isterinya hadir sama ke majlis tersebut.

Sebab, isterinya pun bukanlah orang luar dalam industri, maka sebab itulah ramai yang tertanya-tanya, mengapa tidak dibawa bersama.

Kiranya, pengurus itu datang cuma berdua sahaja dengan penyanyi wanita tersebut. Kata kenalan Cik Bunga itu lagi, kedua-duanya pun menetap di hotel yang sama.

Apa pun, Cik Bunga paling hairan dengan isteri pengurus tersebut. Tak akanlah tak dapat hidu hubungan skandal suaminya sendiri di kala sudah makin ramai yang mengesyaki perkara itu? Tak akan tak sedar ataupun malas ambil tahu?

Tapi, itulah…adakala memang wujud isteri yang ‘indenial’. Menidakkan sesuatu benar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya