Pura-pura solat duha, pecah tabung masjid - Utusan Malaysia

Pura-pura solat duha, pecah tabung masjid

AHMAD Zamry Marinsah (tengah) menunjukkan tabung masjid serta sebahagian barangan yang digunakan dua lelaki mencuri tabung masjid di sekitar Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Dua lelaki mengaku berpura-pura menunaikan solat duha dan tahajud sebelum bertindak memecahkan tabung masjid.

Namun modus ope­randi dua rakan berusia 24 tahun itu terbongkar dan ditahan dalam Op Pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima dua laporan kes kecurian tabung di Masjid Saidina Abu Bakar, Buloh Kasap dan Masjid Makam Lubok Batu, Jalan Muar-Segamat.

“Serbuan dilakukan di sekitar rumah Bandar Tun Razak, Pahang pada pukul 4 petang hari yang sama dan kita berjaya menahan kedua-dua suspek. Mereka berpura-pura menunaikan solat duha serta tahajud, seolah-olah musafir yang melakukan iktikaf di masjid yang terletak di laluan utama.

“Mereka melakukan kesalahan tersebut antara pukul 8 hingga 10 pagi atau pukul 2 pagi hingga 5 pagi,” katanya di sini semalam.

Pihaknya turut me­rampas tabung masjid tertera tulisan Masjid Makam Lubok Batu, sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih, alat pe­ngumpil, empat tabung kecil berwarna gelap, gugusan anak kunci dan beberapa helai pakaian dipercayai digunakan suspek melakukan jenayah berkenaan dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira RM600.

“Kedua-dua suspek turut mengaku terbabit dalam satu kes kecurian duit syiling kedai dobi dan satu kes melarikan duit syiling mesin air su­ling sejak beberapa bulan lalu yang membabitkan RM1,500,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN