PRN: Polis kenal pasti 190 lokasi panas 

PRN: Polis kenal pasti 190 lokasi panas 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 190 lokasi dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ bagi pilihan paya di enam negeri tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, daripada jumlah itu, Selangor dikesan mempunyai jumlah tertinggi iaitu 70 kawasan panas.

“Ia diikuti Terengganu dengan 66 kawasan, Kedah (20 kawasan), Negeri Sembilan (16 kawasan), Kelantan (16 kawasan) dan Pulau Pinang (dua kawasan).

“Berdasarkan statistik semasa, sebanyak 9.66 juta pengundi akan mengundi di 245 Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri terbabit,” katanya Selepas Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.

Dalam majlis itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyumbang lima kerusi roda bagi kegunaan hospital berkenaan.

Acryl Sani berkata, 93,833 anggota dan pegawai PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengundi awal pada PRN berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya