PRN: BN mahu tambah kerusi di Kelantan

PRN: BN mahu tambah kerusi di Kelantan

Pas dan rakannya dalam Perikatan Nasional (PN) kini agresif mengadakan ceramah politik menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Barisan Nasional (BN) Kelantan optimis mampu menambah jumlah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) meskipun negeri serambi Mekah ini dilabel sebagai kubu kuat Pas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, pada masa sama BN turut yakin dapat mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk satu yang ‘dilarikan’ wakil rakyat selepas ‘melompat’ dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, keyakinan itu berlandaskan kajian sikap yang dilakukan oleh BN ke atas pengundi menjelang PRN.

“Perang psikologi berkait penyertaan bekas pemimpin UMNO termasuk Tan Sri Annuar Musa bersama Pas tidak menggugat kekuatan BN di Kelantan.

“Apa lagi banyak isu kebajikan dan keperluan rakyat di negeri ini gagal diselesaikan oleh Pas Kelantan. BN bersama parti gabungan yang selari dengan Kerajaan Persekutuan sedia melaksanakan perubahan sekiranya diberi mandat menerajui Kelantan pada penggal akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zawawi memberitahu, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa lagi kerusi DUN yang mampu dimenangi oleh gabungan BN dan PH.

Katanya, BN lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara tersebut buat sementara waktu.

“Strategi sudah disusun atur dan kajian sikap pengundi dalam proses akhir yang akan dihantar kepada BN pusat.

“Setakat ini terlalu awal untuk memaklumkan bakal calon DUN bagi PRN yang kebanyakannya adalah tokoh berkaliber yang dekat dengan akar umbi rakyat,” ujarnya.

Pada PRN kali ini BN mengesahkan parti itu akan bertanding di 31 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×