Polis mohon bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober

YUSSHAKINA MOHD. ZULKEPELI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Oktober tahun lalu.

Laporan kehilangan Yusshakina Mohd. Zulkepeli, 34, itu dibuat ibunya pada 21 Oktober 2022 di Balai Polis Kampung Tawas dekat sini.

Difahamkan, wanita itu tinggal berasingan dengan keluarganya dan kali terakhir mereka berhubung pada 5 Disember 2021 sebelum dia gagal dihubungi sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Cheam Aik Theng di talian 019-5580986.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya