PKNS kembali ke landasan selepas pemulihan - Utusan Malaysia

PKNS kembali ke landasan selepas pemulihan

PKNS
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2023, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pelan pemulihan anak syarikat kerajaan negeri ini termasuk memastikan penjualan aset melebih RM1 bilion dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

Selain itu, PKNS turut menggunapakai kemudahan penangguhan pembayaran premium kepada kerajaan negeri dalam memastikan penjualan perumahan-perumahan tertangguh dan pembinaan perbandaran baharu bagi menambah baik aliran tunai syarikat tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PKNS ketika kembali kepada landasannya selepas mencatatkan keuntungan jualan sehingga RM200 juta pada 2022 berbanding kerugian dialami RM600 juta bagi dalam tempoh 2020 dan 2021.

“Kita pernah mencatatkan kerugian dan perkara itu dibangkitkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri, pada ketika itu pada 2021 dan saya terangkan bagaimana ia berlaku, bukanlah kerugian hakiki tetapi disebabkan proses susut nilai. 

“Alhamdulillah, kita mengatur semula akaun, menyusun gerakan dan program promosi jualan sehingga dapat mengurangkan daripada RM1.6 atau RM1.7 bilion aset atau unit tidak boleh dijual kepada RM200 ke RM300 juta sekarang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2023, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PKNS menambah, kerajaan negeri membenarkan syarikat itu mendapat kemudahan pembayaran premium berdasarkan projek dan merancang untuk membuat ketetapan dasar dengan melihat rasional kepada perancangan pembangunan.

Jelas Amirudin, selain pemberian kemudahan tersebut serta penjualan rumah-rumah binaan syarikat berkenaan, PKNS turut dilantik mengetuai pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan PKNS memasuki fasa perancangan projek yang baharu iaitu pembangunan semula bandar-bandar lama yang dibinanya sejak 1070-an.

Sebab kosnya bukan murah, kita perlu berdepan dengan penduduk dan orang yang sudah tinggal, itulah sebenarnya next level yang PKNS harus bersedia, tetapi dalam tempoh tersebut, kita akan pastikan tidak terbeban.

Mungkin akan bermula dengan nominal, maybe for the next five years minimum, dan selepas itu kita akan tengok aliran tunai dan perancangan yang ada. Sebab itu saya tekankan aspek perancangan yang jelas dan terperinci supaya boleh memberikan forecast tumpuan untuk tahun-tahun akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya