Permintaan tinggi, Taylor Swift beraksi enam hari di Singapura

Permintaan tinggi, Taylor Swift beraksi enam hari konsert di Singapura

Taylor Swift performs onstage during the first ever Academy Of Country Music New Artists' Show Party for a Cause, benefiting the ACM Charitable Fund held at the MGM Grand Ballroom, MGM Grand Conference Center on May 14, 2007 in Las Vegas, Nevada. (Photo by Michael Buckner/Getty Images) *** Local Caption *** Taylor Swift (Photo by Michael Buckner / Getty Images North America / Getty Images via AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melihat sambutan luar biasa pendaftaran pembelian konsert The Eras Tour, penyanyi pop terkenal, Taylor Swift bakal beraksi enam hari untuk konsertnya di Singapura.

Taylor menambah tiga hari konsert di Stadium National Singapura iaitu pada 7,8 dan 9 Mac berbanding jadual asalnya yang berlangsung pada 2,3, dan 4 Mac tahun hadapan.

Memandangkan Singapura menjadi satu-satunya hentian konsert jelajah artis itu di Asia Tenggara, seramai 200,000 pengunjung dijangka menghadiri konsert The Eras Tour itu.

Penambahan hari tersebut juga turut diumumkan menerusi laman sesawang ticketmaster Singapore dan platform media sosial AEG Presents Asia selaku rakan promosi.

Pendaftaran bagi pembelian tiket sudah bermula pada 23 Jun lalu dan dibuka sehingga 28 Jun, pukul 12.00 tengah hari.

Manakala, penjualan tiket bagi pemegang kad UOB akan bermula pada 5 Julai, pukul12.00 tengah hari sehingga 7 Julai, pukul 9.00 pagi.

Penjualan am pula dibuka pada 7 Julai, pukul 12.00 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN