Peniaga nasi lemak lega dapat lesen niaga

Peniaga nasi lemak lega dapat lesen niaga

RAIS Yasin menyerahkan lesen berniaga sementara kepada Ramlan Abdul Rahman sambil diperhatikan Shadan Othman di Pantai Eye On, Kota Laksamana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peniaga nasi lemak Pantai Eye On di Kota Laksamana di sini menzahirkan rasa lega apabila penantian mendapatkan lesen berniaga sementara daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjadi ke­nyataan, pada malam Sabtu lalu.

Pengusahanya, Ramlan Abdul Rahman, 54, yang juga orang kurang upaya (OKU) berkata, dia menerima kunjungan mengejut oleh Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan

Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin bersama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman ke gerainya bagi menyerahkan lesen berkenaan.

“Saya berasa sangat bersyu­kur akhirnya hasrat untuk memiliki lesen berniaga walaupun sementara sudah menjadi kenya­taan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar MBMB yang menunaikan janji memberi lesen berniaga sementara kepada saya.

“Alhamdulillah kini saya berniaga tanpa rasa takut kerana sebelum ini setiap kali penguatkuasa MBMB lalu di Pantai Eye On, saya risau akan dikenakan tindakan atau barang disita.

“Kadang-kadang lori selenggara milik MBMB lalu pun saya dah mula rasa takut, tetapi sekarang tidak lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, keenakan sambal tumis resipi istimewa dan harga yang murah mencuri tumpuan pelanggan apabila orang ramai sanggup beratur hampir sejam untuk membeli nasi lemak Pantai Eye On.

Hampir setiap malam, antara 100 hingga 150 pelanggan sanggup beratur panjang bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi, semata-mata ingin menikmati hidangan dijual sepasang suami isteri.

Tambah Ramlan yang menjual nasi lemak bersama isteri­nya, Rosyati Saleh, 48, sebelum ini dia pernah memohon lesen tetapi ditolak dengan alasan kaedah berniaga secara membuka meja tidak dibenarkan.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN