ALOR SETAR: Pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) di negeri ini antara Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan dilakukan berdasarkan kekuatan setiap parti dalam gabungan itu. Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, rundingan mengenai pembahagian tersebut sudah selesai, namun belum tiba masa untuk mengumumkan keputusan yang dicapai. “Kuota agihan dalam PN Kedah selesai dengan aman tetapi tak boleh umum, embargo dahulu. Bila penamaan…