Pemandu Proton Wira langgar penunggang motosikal dicari

Pemandu Proton Wira langgar penunggang motosikal hingga maut dicari

PEMANDU Proton Wira yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari sehingga membunuh seorang penunggang motosikal kini dikesan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu Proton Wira dipercayai terbabit kejadian langgar lari yang membunuh seorang penunggang motosikal berhampiran Sekolah Sungai Serai, hala Batu 14, Hulu Langat, dekat sini semalam, sedang dikesan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 22 yang menunggang motosikal jenis Suzuki FU 150 maut akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Batu 14, Hulu Langat.

“Sampai di simpang tiga Jalan Hulu Langat berhampiran sekolah, disyaki sebuah Proton Wira dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang sebelah kiri dengan cuai menyebabkan kemalangan itu berlaku.

“Suspek bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku manakala penunggang motosikal terbabit disahkan maut di Hospital Ampang akibat kecederaan dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, usaha mengesan pemandu kereta terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Nama pemilik Proton Wira terbabit didaftarkan atas nama Sarmadi Noramat dan alamat terakhir yang dikesan oleh pihak polis di alamat No 18, Jalan Watan 12, 68000 Ampang Selangor.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ammar di talian 018-2586153 atau balai polis berdekatan di daerah Kajang bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN